Isnin, 20 Jun 2011

Haramkah Menonton Wayang


Haramkah Menonton Wayang? Pernah persoalan ini terlintas di kepala kita. Ada yang menyatakan menonton wayang di pawagam itu haram kerana banyak kemungkaran. Begitu juga berkaraoke di tempat karaoke. Mari kita dapatkan jawapan dari seorang ustaz.
Assalamualaikum Warahmatullah.
Adapun hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur-unsur seks dan seumpamanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.
Oleh itu, jikalau menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.
Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat?  Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke.
Walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula memdatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.
Wallahualam.
Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab


Ketahui Balasan Meninggalkan Solat


Sudahkah kita menunaikan solat. Ketahui balasan orang yang meninggalkan solat.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.

"Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?".

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
  • Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
  • Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  • Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Ahad, 12 Jun 2011

99 Nama Allah (Pengertian dan fadhilatnya) Part 6


AL-MUHYI
Yang Maha Menghidupkan. Allah S.W.T. zat yang Hidup dan Menghidupkan.


Ya-Muhyi
Jika dibiasakan membaca "Ya Muhyi" setiap hari, Allah akan menghidupkan hatinya, memuliakan darjatnya di dunia dan di akhirat, insyaallah.


AL-MUMIT
Yang Maha Mematikan. Dialah (Allah S.W.T.) yang menentukan hidup dan mati seluruh makhluknya.


Ya-Mumit
Mengulang-ulang Asma "Ya Mumit" ini, insyaallah akan mendapat pertolongan Allah untuk memperoleh kemenangan seterunya.


AL-HAYYU
Yang Maha Hidup. Allah S.W.T. Yang Hidup Kekal dan tidak berakhir dengan kematian.


Ya-Hayyu
Mereka yang sentiasa membaca "Ya Hayyu", insyaallah akan panjang umur serta dipelihara imannya dari sifat-sifat syirik dan munafik.


AL-QAYYUM
Yang Maha Mandiri. Dia (Allah S.W.T.) tumpuan alam semesta, mengurus segala keperluan makhluknya. Tidak pernah lepa dan tidak pernah tidur serta menguasai isi langit dan bumi.


Ya-Qayyum
Mereka yang berzikir "Ya-Qayyum" sebanyak-banyaknya setiap hari, siang mahupun malam, insyallah akan terhidar dari bahaya.


AL-WAAJID
Yang Maha Menemukan. Allah S.W.T. sentiasa memperolehi apa dikehendakinya.


Ya-Waajid
Bila kita sering mengulang zikir "Ya Waajid", insyaallah Allah akan mengurniakan kekayaan batin dan kemantapan jiwa.


AL-MAAJID
Yang Maha Mulia. Allah S.W.T. adalah Zat yang Maha Mulia.


Ya-Maajid
fadhilat zikir ini adalah menjernihkan hati dan fikiran, jika diulang-ulang sebanyak 400 kali setiap hari, insyaallah.


AL-WAAHID
Yang Maha Tunggal. Allah S.W.T. Maha Esa dalam Zatnya, sifat-sifatnya, Afa'alnya, Asma-asmanya dan Hukum-hukumnya.


Ya-Waahid
Mereka yang berzikir "Ya Waahid" sebanyak-banyaknya, insyaallah akan mendapat ketenangan dan bebas dari rasa takut.


AL-AHAD
Yang Maha Esa. Allah S.W.T. zat Yang Maha Esa, tiada duanya.


Ya-Ahad
Mereka yang mengulang berzikir "Ya Ahad" sebanyak 1000 kali, insyallah akan dibukakan Allah hikmah tertentu baginya.