Jumaat, 18 November 2011

Akibat Melambat-Lambatkan Solat

    Melambat-lambatkan solat bukan perkara yang boleh diambil mudah. Saya hendak kongsikan kisah ini sebagai peringatan. Terpulanglah kalau ada yang ingin menafikan atau tidak ambil endah.
    Diceritakan pada suatu masa dahulu, ada seorang wanita telah meninggal dunia. Adik lelakinya hadir di upacara pengkebumiannya. Tiba-tiba dompetnya terjatuh ke dalam liang dan dikambus bersama mayat tersebut.
    Setelah pulang ke rumah, adik wanita itu sedar akan kehilangan dompetnya dan cuba mengingat di mana ia telah tercicir. Akhirnya dia dapat menyedari dengan pasti bahawa dompetnya yang berharga itu jatuh ke dalam liang kubur kakaknya.
    Dia pun telah mengambil keputuan hendak menggali kubur itu secara senyap-senyap. Kubur digali semula dengan menggunakan cangkul. Tanah diangkat sedikit demi sedikit. Apabila telah nampak mayat yang berbalut dengan kain kapan, alangkah terperanjatnya si adik melihat api bernyala-nyala membakar mayat kakaknya hingga kain kapan itu telah terbakar.
    Dia segera mengambus semula kubur itu. Lalu dia segera pulang ke rumah ibunya. Lelaki itu amat bersedih dengan peristiwa malang yang berlaku atas mayat kakaknya. "Ibu! Bolehkah ibu beritahu apa gerangan dosa kakak semasa hayatnya?" tanya lelaki itu kepada ibunya. "Mengapa anak bertanya sedemikian?"
    Lelaki itupun memberitahu ibunya apa yang baru disaksikan dengan mata kepalanya. "Kakakmu memang degil. Ibu selalu nasihatkan supaya segera solat bila masuk waktunya. Tetapi dia suka melambat-lambatkannya. Inilah mungkin dosa yang menyebabkan kuburnya dibakar dengan api....," jawab ibu dengan sedih berlinangan air matanya membasahi pipi.
    "Ya, memang sedih, wahai ibuku. Ini baru seksa di kubur. Bagaimana pula dahsyatnya seksa di akhirat kelak...," ujar si anak dengan suara terputus-putus sambil mengesat air mata kesedihan yang mengalir di  pipi.
    Ibu dan anak tidak tahan menahan kesedihan. Kedua-duanya pun menangis terisak-isak. Dan mereka diam tidak berkata apa-apa. Beberapa ketika kemudian, ibu kelihatan mengingatkan sesuatu. Lalu dia berkata, "Anakku! Betapa dahsyatnya azab yang bakal diterima oleh orang yang meringan-ringankan solat lima waktu.
    "Nabi S.A.W telah menceritakan melalui peristiwa Israk, baginda melihat sekumpulan manusia masing-masing mengangkat batu besar, lalu menghempapkan batu tersebut ke kepala mereka. Aduh!! Kepala pecah. Berdarah. Kemudian, kepala yang pecah elok semula. Tetapi anehnya, wahai anakku, mereka bertindak seperti mula-mula tadi, mengangkat batu besar dan menghempapkan di kepala masing-masing. Aduh! Dahsyatnya....!!"
    "Benar, ibu. Itulah dahsyatnya pembalasan seksa atas orang-orang yang meringankan solat lima waktu ketika hidup di dunia ini." ujar si anak dengan penuh keinsafan.




Seorang sahabat Rasulullah pernah bertanya " Apakah amalan yang paling utama?" Rasulullah menjawab " Solat tepat pada waktunya"

3 ulasan:

Siti Asiah berkata...

Info yg sangat berguna...tq wat entry nie...;)

Kakmiz berkata...

Iya, sama-sama siti. Harap jgn la ada yang ambil mudah tentang soalt ni..

unknown berkata...

tak kisah lah cerita ni betol atau tidak. Memang sangat menginsafkan. Subhanallah.