Apakah HAKIKAT SOLAT DALAM ISLAM? Solat mempunyai kedudukan istimewa dalam islam iaitu antara lain seperti berikut:-
- Kalimah solat dalam al-Quran diulang sebanyak 117 kali. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seharian-harian seorang Muslim dan Muslimah yang beriman kepada Allah s.w.t.
- Solat difardhukan dengan langsung ketika Nabi s.a.w. menghadap ke hadhrat Allah 'Azza wa Jalla, berbeza dengan ibadah-ibadah lain hanya melalui perutusan jibril. Ini sebagai satu bukti betapa solat sebagai ibadah paling utama.
- Solat sebagai ibadah paling utama, kerana dengannya seseorang hamba menumpukan sepenuh hati dan pemikiran serta jiwa raganya melakukan pengabadian kepada Allah.
- Sebagai zikrullah atau mengingati Allah, sebagaimana firmannya bermaksud: "Dirikanlah solat kerana mengingati Aku."
- Solat yang dilakukan dengan khusyuk maka menjadikan si pelakunya seolah-olah mi'raj menghadap ke hadhrat Allah, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Solat itu mi'raj bagi seorang Mukmin."
- Pernyataan bahawa diri kita hina di sisi Allah, sehingga kita sanggup rukuk dan sujud, kedua-dua perbuatan ini tidak dilakukan kecuali hanya untuk Allah.
- Mengagungkan dan membesarkan Allah melalui pengucapan, hati dan perbuatan.
- Berikrar bahawa solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita hanya untuk Allah.
- Memuji dan bersyukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaan-nya yang tidak terhingga.
- Memohon keampunan atas segala dosa yang kita lakukan.
- Memohon hidayah dan pelbagai kurniaan yang baik kepada kita di dunia dan di akhirat.
- Menerusi solat juga kita memohon perlindungan dihindari daripada apa-apa jua keburukan di dunia dan azab yang pedih di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan