Sabtu, 14 Mei 2011

99 Nama Allah (Pengertian dan fadhilatnya) Part 3



AL-QAHHAR
Yang Maha Perkasa. Allah S.W.T. mampu melakukan apa jua ke atas makhluk-makhluknya untuk menjalankan kehendaknya.

Ya-Qahhar
Mereka yang menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya setiap malam terus-menerus, akan mendapat ketanangan batin terlepas dari kesukaran hidup serta terhindar dari perbuatan maksiat, insyaallah.

AL-WAHHAB
Yang Maha Pemberi. Allah S.W.T. sentiasa menganugerahkan kurnianya.

Ya-Wahhab
Kurnia Allah akan sampai kepada mereka yang mewiridkan "Ya Wahhab" sebanyak 300 kali setelah solat lima waktu setiap hari, serta akan mengabulkan permohonan mereka yang menyebut Asma ini dengan penuh kerendahan hati 100 kali setelah solat sunat Tahajjud selama tiga atau tujuh malam berturut-turut, insyaallah.

AR-RAZZAQ
Yang Maha Pemberi Rezeki. Allah S.W.T. tidak putus memberi rezeki kepada seluruh makhluknya.

Ya- Razzaq
Mereka yang menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya, insyaallah akan sentiasa dikurnia rezeki yang berkecukupan.

AL-FATTAH
Yang Maha Membuka (Rahmat). Allah S.W.T. sentiasa memberi petunjuk kepada makhluknya serta sentiasa membuka pintu Rahmatnya.

Ya-Fattah
Allah S.W.T. akan membuka hati dan fikiran kita serta memberi kemudahan dalam menghadapi berbagai masalah kehidupan, jika kita menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya setiap hari selesai solat subuh, insyaallah.

AL-ALIM
Yang Maha Mengetahui. Dia Yang Maha Mengetahui segala makhluknya.

Ya-Alim
Mereka yang berzikir "Ya Alim" atau "Ya Alimal Ghaibi Wasy-syahaadah" sebanyak 100 kali setiap selasai solat lima waktu, akan dikurniakan ilmu makrifat yang sempurna.

AL-QAABID
Yang Maha Menyempitkan. Hanya Allah yang mampu menyempitkan rezeki atau mencabut kenikmatan makhluknya.

Ya-Qaabid
Mereka yang berzikir "Ya Qaabid" sebanyak-banyaknya dengan terus-menerus, dengan izin Allah, ia akan terhindar dari ancaman orang zalim dan terlepas dari kekurangan makanan.

AL-BAASIT
Yang Maha Melapangkan. Dia (iaitu Allah) yang melapangkan rezeki serta memberi kemudahan hidup.

Ya-Baasit
Mereka yang berzikir "Ya Baasit" sebanyak 10 kali setiap selesai solat sunat Dhuha, insyaallah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus serta sentiasa ditambahi Allah ilmunya. 

AL-KHAAFID
Yang Perendah Diri. Allah S.W.T. mampu merendahkan atau menurunkan darjat makhluknya sesuai yang dikehendakinya.

Ya-Khaafid
Mereka yang menyebut-nyebut Asma inni sebanyak 500 kali dengan hati yang khusyuk dan tawadhuk, insyaallah akan terlindung dari perbuatan jahat yang ditujukan pada dirinya.

AR-RAAFI'
Yang Meninggikan. Allah S.W.T meninggikan martabat makhluknya sesuai dengan kehendaknya.

Ya-Raafi'
Allah S.W.T. akan meninggikan martabat, menjadikan kehidupan yang berhasil jika kita sentiasa berzikir "Ya Raafi'" sebanyak 100 kali setiap hari, insyaallah.

AL-MU'IZZ
Yang Maha Memuliakan. allah S.W.T. yang berkuasa memuliakan makhluknya.

Ya-Muizz
Dengan izin Allah mereka yang membaca "Ya Mu'izz" sebanyak 140 kali setiap selesai solat isyak pada malam selasa dan malam jumaat dengan terus menerus akan dihormati orang lain serta tidak merasa takut kepada sesiapa pun selain Allah.

AL-MUZIL
Yang Maha Pemberi Kehinaan. Allah S.W.T. mampu merendahkan atau menghinakan makhluknya.

Ya-Muzil
Dengan izin Allah mereka yang berzikir "Ya Muzil" sebanyak 75 kali terus menerus akan terhindar dari kejahatan dan penghinaan manusia serta akan mendapat perlindungan Allah S.W.T.


Tiada ulasan: