Isnin, 9 Mei 2011

99 Nama Allah (Pengertian dan fadhilatnya) Part 2



Seronok kakmiz dapat jumpa kawan-kawan lagi. hari ini kakmiz ingin sambung lagi pengertian dan fadhilat 99 nama Allah. Mari kita tengok apa lagi fadhilat 99 nama Allah ini. Teruskan membaca... :D

AS-SALAAM
Bermaksud Yang Maha Sejahtera. Allah S.W.T. adalah segala sumber kesejahteraan dan dia Maha Pembuat kesejahteraan bagi makhlutnya. Zatnya adalah Yang Maha Sejahtera dari segala marabahaya yang biasa menimpa makhluknya.

Ya-Salaam
Bila kita "Ya-Salaam" sebanyak 136 kali, maka insyallah penyakit-penyakit yang kita derita akan sembuh. Demikian pula bila kita mengunjungi orang sakit dan membaca "Ya-Salaam" sebanyak 136 kali, insyallah akan membantu kesembuhannya.

AL-MUKMIN
Yang Mengurniakan Keamanan. Allah S.W.T. memberikan kurnia keamanan kepada makhluknya, kerana dia adalah zat yang menjadi sumber keamanan dan ketenteraman itu. Demikian juga Dia Zat yang membenarkan Rasul-rasulnya dengan memberi mukjizat yang merupakan bukti kebenaran mereka.

Ya-Mukmin
Jika kita mengharapkan agar diri kita, keluarga dan harta benda kita aman dari segala gangguan, maka bacalah lafaz "Ya Mukmin" setiap hari sebanyak 136 kali. Dengan memahami dan menghayati Asma ini, kita diharapkan mendidik diri sendiri serta berusaha menyelamatkan diri dan lingkungan dari perbuatan-perbuatan jahat.

AL-MUHAYMIN
Yang Maha Memelihara- Allah S.W.T. adalah yang mengatur dan memelihara serta menentukan rezeki kehidupan dan umur makhluknya. Dia juga mengawasi dan melindunginya.

Ya-Muhaymin
Segala gerak-geri kita sentiasa mendapat pengawasan Allah S.W.T. Dengan banyaknya menyebut "Ya Muhaymin" kita sentiasa ada dalam pemeliharaannya, hati menjadi bersih dan terang.

AL-AZIZ
Yng Maha Perkasa. Allah S.W.T mempunyai kedudukan Maha Tinggi, Maha Mulia dan Maha Perkasa. Dia adalah Zat yang memberi kekuatan dan ketangguhan dengan kekuatan dan ketangguhannya itu mampu menguasai dan mengungguli seluruh alam.

Ya-Aziz
Sesiapa yang membawa "Ya Aziz" 40 kali setiap selesai solat subuh selama 40 hari, insyallah akan mendapat pertolongan Allah dan kehidupannya.

AL-JABBAAR
Yang Kehendaknya tidak dapat diingkari. Asma' ini menunjukkan sifat Allah S.W.T. yang kehendaknya tidak dapat diingkari oleh makhluknya.

Ya-Jabbaar
Bila kita membaca "Ya Jabbaar" sebanyak 226 kali setiap pagi dan petang, maka insyallah orang-orang yang memusuhi kita tidak berdaya terhadap kita serta mereka akan tunduk kepada kita dengan pertolongan Allah S.W.T.

AL-MUTAKABBIR
Yang Maha kebesaran. Allah S.W.T. adalah pemilik segala Kebesaran Yang Maha Tinggi dan segala makhluknya menjadi tidak bererti di hadapannya.

Ya-Mutakabbir
Barang siapa membaca "Ya Mutakabbir" akan digeruni dari musuh-musuh mereka. Juga bila dibaca sewaktu melakukan hubungan kelamin antara suami isteri, dengan izin Allah isterinya mengandung, insyallah ia akan dikurniakan anak yang soleh ataupun solehah.

AL-KHALIQ
Yang Maha Pencipta. Asma Allah S.W.T. ini menunjukkan Zat Yang Maha Pencipta seluruh alam ini atas kuasa dan kehendaknya.

Ya-Khaliq
Jika kita kehilangan barang atau ada anggota keluarga yang pergi tanpa izin, kemudian kita membaca Asma ini sebanyak 5000 kali, maka dengan pertolongan Allah S.W.T masalah itu dapat diatasi.

AL-BAARI'
Yang Melepaskan. Al-Baari' adalah nama Allah S.W.T yang menunjukkan bahawa Zat Allah dapat menghasilkan suatu jenis benda dari benda yang jenisnya lain. Dia juga menjaga keseimbangan dari segala sesuatu.

Ya-Baari'
Bila kita dalam keadaan sulit atau sedang dalam sakit cubalah baca "Ya Baari'" sebanyak 100 kali, insyaallah kita akan terlepas dari kesulitan itu.

AL-MUSAWWIR
Yang Menciptakan Rupa Makhluk. Allah S.W.T. menentukan bentuk dan rupa makhluk-makhluknya yang beraneka rupa.

Ya-Musawwir
Fadhilat membaca "Ya Musawwir" bagi pasangan suami isteri yang belum dikurniakan anak, akan mendapat anugerah anak yang diinginkannya. Bacalah "Ya Musawwir" ini sebaiknya mengikut petunjuk pengalamannya berupa puasa selama 7 hari bagi isteri dan 3 hari bagi suaminya serta membaca Asma ini sebanyak 21 kali setiap waktu berbuka.

AL-GHAFFAR
Yang Maha Pengampun. Asma ini menunjukkan sifat Maha Pengampun Allah S.W.T. bagi makhluknya (jin dan manusia) yang bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukannya kecuali membuat syirik terhadap Allah S.W.T.

Ya-Ghaffar
Mereka yang membaca "Ya Ghaffar" sebanyak 100 kali sambil menunggu datangnya solat jumaat di dalam masjid, insyaallah segala dosanya yang terdahulu akan mendapat pengampunan Allah S.W.T.



Tiada ulasan: