Isnin, 9 Mei 2011

99 Nama Allah (Pengertian dan fadhilatnya) Part 1




Hari ini kakmiz ingin berkongsi dengan kawan semua maksud dan kelebihan Asma ul-Husna iaitu 99 Nama Allah. Kakmiz percaya kawan semua tentu hafal 99 Nama Allah tetapi tidak tahu maksud dan fadhilat (kelebihan) 99 Nama Allah ini. Mari kita sama-sama baca maksud dan kelebihan 99 Nama Allah ini. Semoga selepas ini kita akan berzikir 99 Nama Allah ini dengan bersungguh-sungguh dan rasa rendah diri kepada Allah.
Sebelum itu kita mesti tahu dulu apa maksud Asma ul-Husna. Asma ul-Husna ialah nama-nama yang Maha Indah dari Allah S.W.T sendiri. Nama-nama itu ada 99 buah, yang sekaligus menunjukkan sifat-sifat Allah S.W.T yang Maha Sempurna.
Sekarang kita tengok pula maksud dan fadhilat 99 Nama Allah. Teruskan membaca...

ALLAH
Bermaksud dialah pemilik Al Asma'ul Husna. Zat pemilik segala keagungan yang terungkap dalam nama-namanya, yang tidak bercerai dari nama-namanya.

Yaa-Allaah
Zikir ini disebut zikir Ismudz Zat, yang terkumpul seluruh fadhilat zikir ini. Mereka yang amalkan zikir ini dengan hati yang khusyuk semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, insyallah mereka akan mendapat manfaat yang tidak terhingga nilainya. Berzikirlah sebanyak 5000 kali setiap hari dengan mengikut kaedahnya yang benar akan memberikan fadhilah kebersihan rohani.

AR-RAHMAAN
Bermaksud Yang Maha Pemurah. Allah itu Maha Pemurah kepada semua makhluknya dan kemakmurannya itu tidak terhitung.

Ya-Rahman
Sesiapa yang berzikir dengan menyebut "Ya Rahmaan" sebanyak 500 kali selepas solat lima waktu, serta memahami dan menghayati makna Asmanya itu insyallah dengan izin Allah, hati akan menjadi terang dan tidak pelupa.

AR-RAHIIM
Bermaksud Yang Maha Pengasih. Allah itu Maha Pengasih kepada setiap manusia yang beriman baik di dunia mahupun di akhirat.

Ya-Rahiim
Ar Rahiim mengandungi isyarat halus bagi manusia agar bersifat kasih sayang. Dengan menyebut "Ya Rahiim" 100 kali setiap hari, maka kita akan disayangi oleh orang lain dan diberi kemudahan dengan izin Allah.

AL-MALIK
Raja Yang Maha Kuasa. Allah adalah Zat Yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta dan Menjaga Hukum-hukumnya atas alam semesta.

Ya-Malik
Dengan berzikir "Ya Malik" sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincir matahari, maka dengan izin Allah kita akan sentiasa dihargai orang sekeliling dan hidup dengan bercukupan.

AL-QUDDUS
Bermaksud Yang Maha Suci. Allah Adalah Zat Yang Maha Suci dari segala noda, sifat rendah, sifat baru dari makhluk-makhluknya, dan Maha Suci pula dari segala perkiraan orang-orang yang sesat, kafir, musyrik dam munafik.

Ya-Quddus
Sekiranya kita membaca lafaz "Ya-Quddus" sebanyak 100 kali setiap hari setelah tergelincir matahari, insyallah hati kita akan bersih dan suci dari rasa sombong, serakah, iri hati, dengki dan sebagainya.


Kakmiz rasa nak berhenti dulu. Nanti kakmiz sambung lagi. Harap kawan semua bersabar menunggunya ye. Semoga apa yang kita dapat hari ini akan memberi sesuatu dalam hidup kita.

Tiada ulasan: