Ahad, 15 Mei 2011

99 Nama Allah (Pengertian dan fadhilatnya) Part 4




AS-SAMI'
Yang Maha Mendengar. Allah S.W.T. Maha Mendengar akan segala sesuatu, baik suara hati mahupun yang lebih halus dari itu.

Ya-Sami'
Mereka yang membaca "Ya Sami'" sebanyak 100 kali setiap hari khamis setelah solat zuhur yang dilakukan secara diam-diam tanpa memberitahukan orang lain, insyaallah akan dikabulkan Allah permohonannya.

AL-BASIR
Yang Maha Melihat. Allah S.W.T. Maha Melihat segala sesuatu dan tiada yang dapat tersembunyi dari penglihatannya.

Ya-Basir
Allah S.W.T. akan membuka fikiran dan hati serta meninggikan kedudukan serta kehormatan mereka yang membaca "Ya Basir" sebanyak 100 kali sebelum solat jumaat, insyaallah.

AL-HAKAM
Yang Maha Menetapkan Hukum. Allah S.W.T memberi keputusan yang tepat atas segala perkara.

Ya-Hakam
Mereka yang berzikir "Ya Hakam" sebanyak-banyaknya pada tengah malam, insyallah akan dikurniakan pengetahuan mengenai hikmat iilmu agama.

AL-'ADLU
Yang Maha Adil. Allah S.W.T. mengatur setiap perkara dengan Maha Adilnya.

Ya-'Adlu
Mereka yang membaca "Ya 'Adlu" sebanyak 104 kali setiap selesai solat lima waktu, insyaallah akan dikurniakan sifat adil serta akan memperlakukan terhadap yang lain.

AL-LATHIF
Yang Maha Lemah Lembut. Allah yang Maha Halus dan Penyantun mengurus makhluk-makhluknya dengan cara halus sehingga tidak terasa, mengetahui barang-barang yang sehalus-halusnya. Zatnya Maha Halus sehingga tidak dapat dikirakan dan dibayangkan.

Ya-Lathif
Allah S.W.T. akan mengabulkan permohonan hamba-hambanya yang berzikir "Ya Lathif" sebanyak 100 kali setelah selesai solat sunat, insyaallah.

AL-KHABIR
Yang Maha Waspada. Allah S.W.T. Yang Maha Waspada atas setiap rahsia serta memahami sesuatu perkara.

Ya-Khabir
Dengan izin Allah S.W.T. mereka yang berzikir "Ya Khabir" sebanyak mungkin akan terhindar dari perbuatan zalim, serta akan diperbaiki sifat dan kebiasaan mereka yang buruk.

AL-HALIM
Yang Maha Panyantun. Allah S.W.T. Maha Penyantun. Tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman kepada mereka yang berbuat dosa.

Ya-Halim
Mereka yang berzikir "Ya Halim" sebanyak mungkin setiap hari setelah solat lima waktu, dengan izin Allah akan terhindar dari bencana alam serta dikukuhkan kedudukannya dalam masyarakat.


AL-'AZIM
Yang Maha Agung. Allah S.W.T. Yang Maha Besar Kemuliaannya. Segala urusan berada dalam kekuasaannya.


Ya-'Azim
Mereka yang membiasakan berzikir "Ya 'Azim" sebanyak-banyaknya setiap hari, insyaallah akan sentiasa dihormati dan dimuliakan serta akan dilimpahkan kurnia yang berpanjangan.


AL-GHAFUR
Yang Maha Pengampun. Dia (Allah S.W.T) yang  Maha Pengampun kepada makhluk-makhluknya.


Ya-Ghafur
Allah S.W.T. akan melenyapkan kesukaran-kesukaran dan akan mengampuni dosa mereka yang bertaubat bila mereka berzikir "Ya Ghafur" sebanyak-banyaknya setiap malam, insyaallah.


ASY-SYAKUR
Yang Maha Menghargai. Allah S.W.T. Maha Pembalas jasa perbuatan hamba-hambanya.


Ya-Syakur
Dengan izin Allah mereka yang berzikir Asma ini akan dijernihkan hati serta disembuhkan dari penyakit yang sedang dideritai.


AL-'ALIYU
Yang Maha Tinggi. Allah S.W.T. Yang Maha Tinggi tidak ada yang dapat mengatasinya.


Ya-'Aliyu
Mereka yang menyebut Asma ini berulang-ulang kali dengan kerendahan hati, akan ditingkatkan kecerdasan serta akan ditambah keyakinan diri mereka, insyaallah.


AL-KABIR
Yang Maha Besar. Allah S.W.T. Yang Maha Besar, tidak ada yang melebihinya.


Ya-Kabir
Atas izin Allah S.W.T. mereka yang berzikir "Ya Kabir" sebanyak 100 kali setiap hari akan mendapat penghormatan orang lain.





Tiada ulasan: